Tuesday, August 4, 2009

Danger of H1N1!!!!

( Sumber Harian Metro)

3 kakitangan ILP positif H1N1

SEREMBAN: Lebih 500 kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Rembau, dekat sini, bimbang berikutan tiga individu pusat itu termasuk seorang pelajar disahkan positif Influenza A (H1N1), namun pihak pengurusan belum mengeluarkan arahan menutup pusat itu.

Antara individu menjadi mangsa H1N1 pemandu kenderaan pusat latihan itu, J Sam Alias, 36, yang dikuarantin sejak Rabu lalu.

Isterinya, Anal Amzah, 36, ketika dihubungi semalam, berkata suaminya disahkan positif H1N1 selepas dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Rembau.

Menurutnya, pihaknya difahamkan ketika ini ramai penghuni pusat latihan itu mengalami demam sejak beberapa hari lalu, bagaimanapun mereka belum disahkan H1N1.

lagi tentang H1N1

KUALA LUMPUR: Serangan Influenza A (H1N1) yang setakat ini mengakibatkan sembilan kematian dalam negara ini, menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk yang tidak mahu ia berlarutan bagi tempoh lama.

Mereka risau memikirkan kemungkinan penularan wabak itu gagal dikekang sekali gus mahu kerajaan meningkatkan usaha meminimumkan angka kematian.

Tinjauan di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Selayang (HS) di sini, mendapati ruang pemeriksaan saringan H1N1 penuh dengan orang ramai yang mempunyai simptom seperti demam, selesema, batuk dan sakit badan.

Seorang kakitangan HS yang enggan dikenali memberitahu, wujud pertambahan jumlah mereka menjalani pemeriksaan H1N1 sejak beberapa minggu lalu berbanding ketika awal penularan wabak.

“Memang pertambahannya ketara kerana kaunter saringan ini yang dibuka 24 jam tidak pernah lengang contohnya semalam (kelmarin), jam 2 pagi barulah (orang) kurang sikit,” katanya.

Pekerja swasta, Mohd Nidzam Mohd Sidek, 31, dari Kampung Melayu Subang, berkata dia risau dan semakin panik apabila angka kematian akibat H1N1 meningkat setiap hari.

Katanya, dia tidak berlengah menghantar isteri, Mutia Azra Ismail, 31, menjalani pemeriksaan H1N1 selepas mengalami batuk dan demam.

“Wabak ini bukan main-main...harap kerajaan bertindak segera, kalau boleh sediakan vaksin untuk setiap orang, tapi perlu (diberikan) subsidi.

Bagi pesara Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Sulaiman A Rahman, 61, langkah pencegahan jangka panjang perlu dilakukan termasuk menyuntik antibodi melawan virus kepada bayi baru lahir.

Menurutnya, pengambilan suntikan umpama vaksin itu tidak hanya membina daya tahan badan seseorang tetapi juga sebagai persediaan mereka menghadapi serangan virus tanpa diduga seperti H1N1.

Sementara itu, Siti Nurbaizilah Sulaimi, 19, berkata dia terpaksa mengurangkan aktiviti luar kerana bimbang situasi semasa yang masih terikat dengan penularan H1N1 selain cuaca berjerebu.


di harap kepada semua diminta berhati - hati...bersama - sama lah kita mencegah ianya sebelum merebak........sayangi diri dan keluarga kita...

1 comment:

  1. Salam semua…

    Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tentang anak-anak anda atau orang tersayang dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

    Insyaallah selamat…
    Wasalam…

    http://www.PROTECUR.com

    ReplyDelete