Wednesday, August 5, 2009

Dalamkah cinta kita kepada Rasullullah S.A.W

Kalau masih kita ingat....mungkin kita pernah di ajar betapa besarnya pahala yang diperoleh dengan berselawat kea atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....Hinggakan bukit - bukit, gunung - ganang dan semua makhluk di muka bumi ini sentiasa berselawat ke atas baginda.

bayangkanlah betapa tingginya karamah dan kemuliaan yang telah Allah hadiahkan untuk baginda hinggakan
iblis jahanam pun sanggup datang untuk memberitahu segala muslihat - muslihat untuk menyesatkan manusia...semoga cerita di bawah bakal menjadi peringatan dan renungan kita bersama......

AIRMATA RASULULLAH SAW...


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



Tuesday, August 4, 2009

Danger of H1N1!!!!

( Sumber Harian Metro)

3 kakitangan ILP positif H1N1

SEREMBAN: Lebih 500 kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Rembau, dekat sini, bimbang berikutan tiga individu pusat itu termasuk seorang pelajar disahkan positif Influenza A (H1N1), namun pihak pengurusan belum mengeluarkan arahan menutup pusat itu.

Antara individu menjadi mangsa H1N1 pemandu kenderaan pusat latihan itu, J Sam Alias, 36, yang dikuarantin sejak Rabu lalu.

Isterinya, Anal Amzah, 36, ketika dihubungi semalam, berkata suaminya disahkan positif H1N1 selepas dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Rembau.

Menurutnya, pihaknya difahamkan ketika ini ramai penghuni pusat latihan itu mengalami demam sejak beberapa hari lalu, bagaimanapun mereka belum disahkan H1N1.

lagi tentang H1N1

KUALA LUMPUR: Serangan Influenza A (H1N1) yang setakat ini mengakibatkan sembilan kematian dalam negara ini, menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk yang tidak mahu ia berlarutan bagi tempoh lama.

Mereka risau memikirkan kemungkinan penularan wabak itu gagal dikekang sekali gus mahu kerajaan meningkatkan usaha meminimumkan angka kematian.

Tinjauan di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Selayang (HS) di sini, mendapati ruang pemeriksaan saringan H1N1 penuh dengan orang ramai yang mempunyai simptom seperti demam, selesema, batuk dan sakit badan.

Seorang kakitangan HS yang enggan dikenali memberitahu, wujud pertambahan jumlah mereka menjalani pemeriksaan H1N1 sejak beberapa minggu lalu berbanding ketika awal penularan wabak.

“Memang pertambahannya ketara kerana kaunter saringan ini yang dibuka 24 jam tidak pernah lengang contohnya semalam (kelmarin), jam 2 pagi barulah (orang) kurang sikit,” katanya.

Pekerja swasta, Mohd Nidzam Mohd Sidek, 31, dari Kampung Melayu Subang, berkata dia risau dan semakin panik apabila angka kematian akibat H1N1 meningkat setiap hari.

Katanya, dia tidak berlengah menghantar isteri, Mutia Azra Ismail, 31, menjalani pemeriksaan H1N1 selepas mengalami batuk dan demam.

“Wabak ini bukan main-main...harap kerajaan bertindak segera, kalau boleh sediakan vaksin untuk setiap orang, tapi perlu (diberikan) subsidi.

Bagi pesara Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Sulaiman A Rahman, 61, langkah pencegahan jangka panjang perlu dilakukan termasuk menyuntik antibodi melawan virus kepada bayi baru lahir.

Menurutnya, pengambilan suntikan umpama vaksin itu tidak hanya membina daya tahan badan seseorang tetapi juga sebagai persediaan mereka menghadapi serangan virus tanpa diduga seperti H1N1.

Sementara itu, Siti Nurbaizilah Sulaimi, 19, berkata dia terpaksa mengurangkan aktiviti luar kerana bimbang situasi semasa yang masih terikat dengan penularan H1N1 selain cuaca berjerebu.


di harap kepada semua diminta berhati - hati...bersama - sama lah kita mencegah ianya sebelum merebak........sayangi diri dan keluarga kita...

Monday, August 3, 2009

WELCOME !!!!


Tidak seorang pun yang dilahirkan didunia ini tanpa guru. Guru pertama yang menjadi idola kita adalah kedua ibu bapa kita. Merekalah guru pertama di dalam kehidupan kita. Malah walaupun kita telah dewasa dan berkeluarga ibu dan ayah masih menjadi guru kepada kita.. Subhanallah.. Semoga kedua ibu dan ayah kita diterima ke Syurga Allah tanpa hisab atas jasa-jasa dan pengorbanan mereka.. amin.

Selain dari itu, guru juga menjadi insan yang tidak pernah jemu mendidik dan mengajar dan sekiranya tanpa seorang insan yang bernama guru, mana mugkin kita boleh menjadi seorang manusia yang bermanfaat.

Dikenang kembali zaman persekolahan (primary school), memang pada waktu itu kita jarang memahami apa itu pengorbanan seorang guru. Cuma yang kita tahu.. gumbira! Biasalah zaman kanak-kanak.. Perbagai karekter guru pernah kita berjumpa, ada guru yang baik, ada guru yang garang dan ada guru yang memang tak suka dengan kita... (semua tu penulis pernah lalui..).

Tapi sekarang kena kat batang hidung sendiri...tak pernah dalam kamus hidup penulis

nak jadi seorang cikgu...




" CIKGU SUKA MAIN BOLA, HARI - HARI CIKGU MAIN BOLA"


ingatlah kerana

C = cemerlang
I = insan
K = kerana
G= guru
U= unggul